
Laporan/foto: Fasharina Kholil (Sik)
SIK, 27 Nov (Malaysiaaktif) – Hampir 100 orang peserta memeriahkan acara ‘Fun Ride’ (pacu ria) sempena Sambutan Jubli Intan ke-75 Maktab Mahmud Sik.
Pengetua Maktab Mahmud Sik Norzilah Ali@Zahali, berkata melalui program kayuhan santai sejauh 25 kilometer ini diharap dapat mengeratkan hubungan di antara warga sekolah dengan komuniti setempat sekali gus memupuk aktiviti sihat dalam kalangan masyarakat.
“Sambutan menggalakkan ini juga tanda sokongan ramai kepada pihak sekolah yang sudah mencapai usia 75 tahun penubuhan,” jelas ketika ditemui di Maktab Mahmud Sik, Sabtu lalu.
Untuk rekod, Maktab Mahmud Sik mula ditubuhkan pada tahun 1948 bermula dengan sistem sekolah pondok dan berkembang maju sehinggalah sekarang.
-ZS-