Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Naik Taraf Jalan B27 Atasi Kesesakan Lebih 20 Tahun – Amirudin

By 4 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

RAWANG, 4 Nov (Malaysiaaktif) – Naik taraf Jalan B27 babitkan Jalan Rawang-Batang Berjuntai dari persimpangan Bandar Country Homes dapat mengatasi isu kesesakan lebih 20 tahun di kawasan tersebut.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, berkata kesesakan berkenaan dirasai beliau sendiri yang menggunakan laluan itu ketika masih bujang.

“Ketika itu umur saya sekitar 20-an telah berlaku kesesakan dan banjir di kawasan ini.

“Projek ini pun berjalan selama 13 tahun termasuk dua tahun ketika pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Projek Negeri B27 dan Projek Membina Jambatan di atas Lebuh raya Utara Selatan (BOP) di Prima Velox, di sini semalam.

Menurutnya, kerja naik taraf Jalan B27 turut menyelesaikan isu banjir disebabkan Sungai Gong yang berhampiran.

“Projek ini menjalani proses ‘retender’ (tender semula) dengan kontraktor penyelamat sehingga dapat diselesaikan.

“Disebabkan harga perolehan sangat rendah kontraktor yang dilantik pula tidak dapat siapkan,” jelasnya.

Di samping itu kata Amirudin, Projek Membina Jambatan di atas Lebuh raya Utara Selatan (BOP) juga membantu isu kesesakan di Jalan B27.

“Kerajaan persekutuan juga telah meluluskan peruntukan (pelebaran Jalan FT3209) lebih RM400 juta dari Stesen Keretapi Rawang untuk menyambung semua ‘connectivity’ (kesalinghubungan)
ini.

‘Jika jalan tersebut siap 2027 ia akan menambah keselesaan bersesuaian dengan kepadatan penduduk di kawasan sekitar,” katanya.

Amirudin berkata, projek naik taraf Jalan B27 berjumlah RM41. 9 juta sementara projek BOP bernilai RM55.6 juta.

-ZS-

Tinggalkan komen anda