Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Normalisasi Gangguan Seksual Tidak Boleh Berlaku – Nancy Shukri

By 20 November 2023Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nazira Naszeri/Komala Rajan

JOHOR BAHRU, 20 Nov (Malaysiaaktif) – Normalisasi perlakuan gangguan seksual seharusnya tidak boleh berlaku dalam kalangan masyarakat.

“Kita harus faham bahawa gangguan seksual adalah jenayah. Ia merupakan suatu fenomena negatif yang boleh memberi kesan buruk, bukan sahaja kepada mangsa malah keluarga dan persekitaran sekeliling mangsa.

“Statistik yang dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), menunjukkan bahawa jumlah kes gangguan seksual yang dilaporkan telah meningkat daripada 378 kes pada 2020 kepada 506 kes pada 2021,” katanya.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Hajah Nancy Shukri berkata demikian ketika memberi ucaptama bersempena Program Jerayawara KASIH KPWKM@Advokasi Antigangguan Seksual di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini semalam.

Beliau, berkata tiada ruang langsung wajar diberikan kepada gangguan seksual, sama ada secara terang-terangan atau jenaka.

“Walau bagaimanapun, terdapat sedikit penurunan pada tahun 2022 iaitu kepada 477 kes dan jumlah kes yang dilaporkan ini adalah melibatkan mangsa daripada kedua-dua jantina, lelaki serta wanita,” katanya

Nancy turut menekankan bahawa kerajaan telah mengambil tindakan yang serius untuk menangani isu gangguan seksual ini dengan menggubal Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] yang telah berkuat kuasa dilaksanakan secara berperingkat bermula 28 Mac lalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda