Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sukan Menyatukan Perpaduan dalam Komuniti

By 20 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Sazarina Mohd Noor

HULU LANGAT, 20 Nov (Malaysiaaktif) – Lebih 1,500 orang peserta menyertai Program Kembara Sukan Uniti Selangor yang diadakan di IKTBN Dusun Tua, Hulu Langat semalam.

Ahli Dewan Undngan Negeri Dusun Tua Datuk Wira Johan Abd Aziz, berkata sukan dapat menyatukan semua pihak dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Bermula daripada anak-anak kecil inilah, kita terjemahkan semangat perpaduan melalui aktiviti sukan.

“Perpaduan amat penting kerana tanpa perpaduan dan kesepakatan antara satu sama lain kita tidak akan harmoni,” katanya.

Beliau turut menyatakan penghargaan terhadap komitmen ibu bapa yang memberikan semangat dan sokongan kepada anak-anak mereka untuk aktif dalam aktiviti sukan.

Antara aktiviti yang diadakan ialah kejohanan bola sepak, pertandingan sepak takraw, bola tampar terbuka campuran dan lain-lain.

-ZS-

Tinggalkan komen anda