Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Kelab Sukan Penggerak Pembangunan Sukan

By 20 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 20 Nov (Malaysiaaktif) – Pembangunan sukan negara perlu mempunyai sokongan daripada persatuan dan kelab sukan negeri dan juga daerah.

Justeru, Akademi Kangar Raket Club-Northern Lion Badminton Club (KRC-NLBC) di bawah naungan Persatuan Badminton Perlis yang kini dilihat semakin agresif, sentiasa merangka pelbagai latihan dan juga kejohanan dalaman.

Menurut Jurulatih Akademi KRC-NLDC sejak tahun 2014 Abdul Matiin Ong Zakaria, 44, kini seramai 30 orang ahli telah menyertai kelab tersebut.

“Sesi latihan kami dibahagikan mengikut tiga kategori mengikut bakat mereka iaitu kategori asas latihan, pertengahan dan juga peringkat tinggi.

“Saya ambil contoh, pelatih akademi walaupun hanya berumur lapan tahun, namun jika berbakat latihannya akan diselia dalam kategori pertengahan.

“Bagi latihan pasukan di bawah skuad negeri pula, waktu latihan adalah dari Isnin sehingga Jumaat setiap petang dan juga seperti hari minggu ini diselia oleh jurulatih skuad negeri,” ujarnya ketika ditemui ketika latihan bersama pelatih akademi, di sini baru-baru ini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda