Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pekan Siap Siaga Menyelamatkan Haiwan Ternakan Menjelang Musim Banjir

By 29 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ahmad Nizam

PEKAN, 29 Nov (Malaysiaaktif) – Haiwan ternakan merupakan aset yang bernilai kepada para penternak dan dianggarkan lebih 300 ekor lembu, kerbau dan kambing dimiliki oleh penternak tradisional bakal ditempatkan di pusat pemindahan sementara ternakan (PPST) di Padang Rumbia.

Menurut Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah Pekan Fazila Hassan, pemilihan kawasan tersebut telah dikenal pasti selamat dan mudah dimasuki jika terdapat keperluan penghantaran makanan haiwan.

“Kawasan yang merangkumi keluasan hampir 50 ekar tersebut cukup untuk penempatan sementara haiwan ternakan selama dua ke empat minggu pada musim banjir,” ujarnya.

Lawatan tapak yang turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Pekan Datuk Zaliza Zulkifli berharap agar kadar kematian haiwan ternakan pada musim banjir kali ini dapat dikurangkan bagi mengelak kerugian di kalangan penternak.

Menurut beliau, PPST ini merupakan idea Seri Paduka Baginda Tuanku Agong yang memohon Kerajaan Negeri Pahang agar lebih peka bagi memastikan keselamatan haiwan ternakan dengan menempatkan secara berpusat agar ternakan-ternakan ini tidak dibiarkan berada di merata tempat seperti berada di jalan-jalan yang boleh membahayakan pemandu apabila tiba musim tengkujuh.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda