
Laporan/foto: Ahmad Nizam/Haimi Hariss
PEKAN, 27 Nov (Malaysiaaktif) – Lebih 200 orang perwakilan dari Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) yang datang dari pelbagai daerah dalam negeri Pahang berhimpun untuk menjayakan mesyuarat agung PBPM Pahang buat kali ke-43 di sebuah hotel, di sini Sabtu lalu.
Menurut Yang Dipertuan PBPM Pahang Mohamed Lokman Mahmud, persatuan memerlukan bantuan kerajaan negeri untuk bergerak lebih lancar kerana lebih 6,000 orang ahli persatuan ini sentiasa mendukung kepimpinan negeri yang ada.
Majlis perasmian mesyuarat agung tersebut disempurnakan oleh Pegawai Daerah Pekan Datuk Zaliza Zulkifli yang mewakili Menteri Besar Pahang.
“Terima kasih kepada bekas-bekas polis yang telah berjasa dan menempuh pelbagai cabaran semasa negara berada dalam kekacauan dan saya akan menyampaikan hasrat permintaan PBPM kepada Menteri Besar,” ujarnya.
Dalam majlis itu juga seramai tujuh ahli persatuan tersebut telah menerima bantuan bakul makanan sumbangan PBPM Kebangsaan.
-ZS-