Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Cakna Bakat Akademi dalam Industri Lahirkan ‘Zero to Hero’

By 27 November 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sarah Abdul Halim/Hasmah Hanafi (Kulim)

KULIM, 27 Nov (Malaysiaaktif) – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bersama Majlis Perbandaran Kulim buat julung kalinya melaksanakan Program Cakna Bakat Akademi dalam Industri (AiI) ‘Zero to Hero’ di sebuah hotel, di sini semalam.

“Inisiatif AiI merupakan salah satu agenda bagi memperkasakan bakat tempatan industri masa hadapan untuk meningkatkan purata pencapaian pendidikan negara, mengurangkan jurang ketidakpadanan kemahiran dan mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing,” ujar Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim Cik Amal Zubir dalam ucapan perasmian.

Pengarah MPC Muzaffar Abdul Hamid, berkata tema ‘Zero to Hero’ yang membawa maksud inisiatif ini dapat membantu bakal-bakal yang ingin mencebur diri dalam pekerjaan turut dapat kembali meningkatkan kemahiran kepada tenaga kerja yang lebih produktif dan selari dengan permintaan pasaran kerja terutama mereka yang kurang bernasib baik dalam menyambung pelajaran.

Menurut beliau lagi melalui AiI bakat yang dipadankan di dalam industri akan diberi tawaran bekerja oleh syarikat AiI serta dilatih melalui latihan kemahiran berasaskan pekerjaan dan melahirkan lebih ramai tenaga mahir tempatan.

Program dihadiri lebih 100 orang peserta daripada wakil sekolah, wakil institusi pengajian tinggi, ketua jabatan, Ahli Majlis dan komuniti.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda