Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Tidak Perlu ke Sana ke Sini dengan PriceCatcher

By 8 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 8 Nov (Malaysiaaktif) – Pengguna tidak perlu lagi memeriksa harga barangan daripada sebuah kedai ke sebuah kedai atau ke sana ke sini untuk mendapatkan harga terkini sesuatu barangan terpilih.

Price Catcher merupakan satu aplikasi percuma di bawah seliaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) untuk memudahkan pembeli mengetahui atau membuat perbandingan harga.

Umie Nasuha Mohammad Azlan, 41, pengguna aplikasi ini, berkata beliau boleh mengetahui mengenai harga pasaran bagi setiap barangan keperluan harian tanpa perlu pergi ke kedai-kedai berhampiran tempat tinggalnya.

“Pada saya, aplikasi ini memerlukan diuar-uarkan lebih banyak oleh setiap masyarakat kerana kita faham KPDN mempunyai kekangan kakitangan.

“Apa salahnya kita juga membantu agensi kerajaan, kongsikan harga barang-barang keperluan yang kita selalu dapatkan di kawasan kita,” ujarnya.

Aplikasi PriceCatcher memberikan maklumat harian berkenaan 480 barangan terpilih untuk membantu pengguna membuat pilihan yang terbaik.

-ZS-

Tinggalkan komen anda