Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

RM677,000 Disalur Baik Pulih Empat Pasar Awam di Parlimen Selayang

By 24 November 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang/Noriah Athan (Gombak)

BATU ARANG, 25 Nov (Malaysiaaktif) – Sejumlah RM677,000 peruntukan disalur untuk kerja baik pulih empat pasar awam dalam Parlimen Selayang.

Peruntukan tersebut daripada Ahli Parlimen berjumlah RM230,000 Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (RM372,000) dan kerajaan negeri Selangor (RM75,000).

Ahli Parlimen Selayang William Leong Jee Keen, berkata empat pasar awam tersebut adalah di Selayang Baru, Rawang, Bandar Country Homes dan Batu Arang.

“Kerja baik pulih antaranya melibatkan lantai, paip, jeriji, bumbung, siling dan tandas.

“Terdapat pasar yang telah dimulakan kerja baik pulih dan akan dilaksanakan, dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media Projek Mesra Rakyat di Pasar Awam Batu Arang hari ini.

Menurutnya, kerajaan perpaduan sentiasa memberi tumpuan menyediakan kemudahan asas yang selesa kepada orang awam.

“Saya merayu kita semua dapat mengguna dan menjaga kemudahan asas ini sebaik mungkin.

“Kita patut contohi negara Jepun, rakyatnya bersama menjaga kemudahan awam seumpama menjaga harta sendiri,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda