
Laporan/foto: Hasmah Hanafi/Sarah Abd Halim (Kulim)
KULIM, 24 Nov (Malaysiaaktif) – Wanita di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) perlu bangkit mendepani pelbagai cabaran dan memperbaiki taraf kehidupan ke arah yang lebih baik.
“Wanita Felda perlu kuat semangat dan berilmu kerana hanya dengan ilmu wanita mampu keluar daripada kemiskinan dan anak-anak pula perlu diberi pendidikan yang sempurna
“Saya kagum dengan penganjuran, penglibatan dan sokongan yang ditunjukkan oleh semua 13 komuniti Felda Wilayah Alor Setar yang turut serta memeriahkan sambutan hari wanita kali ini,” katanya.
Pengarah Wilayah Felda Wilayah Alor Setar Md Zulkifli Md Na’am, berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian penutup sempena Sambutan Hari Wanita Peringkat Felda Wilayah Alor Setar di Felda Gunong Bongsu, di sini semalam.
Menurut Embun Abdullah, 68, dari Felda Rimba Mas, Padang Besar, Perlis sambutan hari wanita pada kali ini adalah satu pengiktirafan daripada pengurusan tertinggi Felda kepada golongan wanita.
“Ianya juga dapat mengeratkan silaturrahim antara wanita-wanita Felda.
“Walaupun sambutan diadakan jauh di Kulim namun keinginan untuk bersama-sama dengan rakan–rakan daripada komuniti Felda yang lain menguatkan lagi semangat saya untuk turut serta,” katanya.
Antara pengisian program ialah ceramah bertajuk ‘Wanita Solehah Bidadari Syurga’ oleh ustazah Dai Hamidah AB Razak.
-ZS-