Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

57 Kanak-Kanak di Perlis Sertai Program Khatan Perdana 2023

By 16 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 16 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 57 orang kanak-kakak seawal usia lapan tahun telah menyertai Program Khatan Perdana 2023 yang diadakan di perkarangan Masjid Al-Mustaqim, Seriab, di sini hari ini.

Program kali kedua di Masjid Al-Mustaqim itu dianjurkan bersama Annura Clinic Medical & Surgery, Masjid Al-Mustaqim, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis, Jawatankuasa Penyelaras Kebajikan Anak Yatim Negeri Perlis dan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Ketua Polis Perlis DCP Datuk Muhammad Abdul Halim yang  merasmikan program tersebut, berkata ia merupakan salah satu tuntutan agama.

“Saya memuji hasil usaha masjid ini bersama badan badan kebajikan dalam membantu menyediakan khidmat percuma kepada golongan yang kurang berkemampuan terutamanya asnaf dan anak yatim di dalam kawasan kariah masjid ini.

“Pada masa sama dapat membantu dan meringankan beban kos bagi ibu bapa yang kurang berkemampuan,” katanya.

Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad dari Annura Klinik pula menjelaskan pihak penganjur menawarkan tiga kategori harga iaitu kategori asnaf dan anak yatim yang berharga RM80.00 serta kategori awam yang berharga RM160.

“Walau bagaimanapun, bagi kategori asnaf dan anak yatim dibiayai sepenuhnya oleh Masjid Al-Mustaqim dan Jawatankuasa Penyelaras Kebajikan Anak Yatim Negeri Perlis,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda