Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Hannah Yeoh Turun Padang Pantau Isu Kesesakan Jalan Raya

By 17 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhaimin Musa/Mohd Azhar Abu Yazid (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Malaysiaaktif) – Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh terus menunjukkan komitmen beliau selaku wakil rakyat dengan melaksanakan rutin turun padang meninjau isu-isu di kawasan yang diwakilinya.

Walaupun jadual beliau padat dengan tugas rasmi sebagai Menteri Belia dan Sukan, Hannah tetap komited meninjau masalah infrastruktur dan kesesakan jalan raya di sekitar kawasan Desa Sri Hartamas kelmarin.

Tinjauan sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields itu turut disertai wakil daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) untuk melihat dan mendengar sendiri isu yang diketengahkan bagi melaksanakan cadangan penyelesaian di kawasan panas di ibu kota itu.

“Isu utama di sekitar kawasan Hartamas dan Mont Kiara di mana kesesakan lalu lintas tertumpu di laluan keluar dari Mont Kiara kerana ianya jalan sehala.

“Jadi, dicadangkan untuk mewujudkan jalan dua hala sementara dan menghala keluar di Penchala Link untuk melancarkan lalu lintas terutamanya pada waktu puncak,” kata Hannah Yeoh ketika ditemui ketika tinjauan bersama pasukan penguatkuasa, di sini kelmarin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda