Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Belanjawan Perak RM1.35 Bilion, Tertinggi dalam Sejarah

By 2 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Mohammad Ezwandi (Perak)

IPOH, 2 Dis (Malaysiaaktif) – Kerajaan negeri membentangkan Belanjawan Perak 2024 pada sidang dewan negeri, di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini semalam.

Belanjawan ini memperuntukkan sebanyak RM491 juta untuk belanja pembangunan manakala RM856 juta bagi belanja mengurus. Keseluruhan belanjawan berjumlah RM1.35 bilion menjadi yang tertinggi dalam sejarah negeri.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata belanjawan ini berteraskan lima fokus utama seperti tahun lepas iaitu Kesejahteraan Rakyat, Tadbir Urus Projek Berkepentingan Negeri, Pembangunan Modal Insan dan Belia, Kelestarian Alam Sekitar dan Keterjaminan Bekalan Makanan.

“Antara yang menjadi tumpuan ialah pertambahan peruntukan bagi tujuan pembangunan yang meningkat sebanyak RM96 juta berbanding tahun 2023 dengan kebanyakannya disalurkan bagi pembangunan infrastruktur dan inisiatif kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

“Disokong kedudukan kewangan negeri yang semakin mengukuh dan stabil, belanjawan kali ini juga menyaksikan beberapa inisiatif bantuan terus kepada rakyat dinaikkan bagi memenuhi keperluan kebajikan dan manfaat rakyat yang memerlukan.

“Program Kad Perak Sejahtera yang bertujuan membantu golongan sasar B40 misalnya bukan sahaja diteruskan dengan peruntukan RM24 juta, malah kadar tunai kad yang telah dinaikkan daripada RM80 kepada RM90 tahun ini, akan ditingkatkan lagi menjadi RM100 mulai tahun hadapan,” katanya.

Sementara itu, kakitangan Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Perak turut menyaksikan pembentangan sesi belanjawan ini yang disiarkan secara penstriman langsung di Facebook Saarani Mohamad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda