Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Anggota Balai Bomba Peramu Sedia Hadapi MTL

By 2 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Shafiq Jamloh

PEKAN, 2 Dis ( Malaysiaaktif ) – Anggota Bomba dan Penyelamat Balai Peramu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) di daerah ini.

Menurut Pegawai Bomba Peramu Wan Samsul Wan Mahmud, bukan setakat persiapan peralatan sahaja dititikberatkan namun yang lebih utama ialah latihan penyelamatan.

“Seramai 38 anggota di bawah seliaan saya sentiasa melakukan latihan bagi memantapkan operasi penyelamatan sekiranya diperlukan pada bila-bila masa,” katanya di sini semalam.

Tambahnya lagi, antara persiapan yang telah dilakukan ialah penyelenggaraan bot-bot penyelamat, kenderaan pacuan empat roda, segala peralatan menyelamat dan kelengkapan komunikasi.

“Pihak bomba juga telah mengenalpasti kawasan berisiko dan laluan bot penyelamat bagi memudahkan operasi penyelamatan dilakukan pada saat yang diperlukan,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda