Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Buku Panduan ‘MOJO’ Madani Sebagai Panduan Kepada ‘Wartawan BBNU’  

By 15 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hisham Salleh/IPPTAR

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Kementerian Komunikasi melalui Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), telah menerbitkan Buku Panduan Pelapor Mobile Journalism (MOJO) Madani – hasil kolaborasi bersama pengamal media tempatan, ahli akademik dan agensi kerajaan.

Menurut IPPTAR, buku tersebut akan bertindak sebagai panduan kepada pengamal media dan citizen journalist, untuk menghasilkan pelaporan yang pantas, tepat – dalam masa yang sama, masih mengamalkan etika kewartawanan yang terbaik.

Menurut salah seorang panel pengarang buku tersebut, Azad Khan Aziz Khan, penerbitan buku tersebut sangat bertepatan dengan era media sosial seperti Tiktok, yang semakin berkembang dan digunakan oleh banyak agensi berita di seluruh dunia.

“Basically, buku ini adalah MOJO for beginners yang mana boleh dijadikan panduan kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk berkecimpung dalam bidang kewartawanan digital,” ujarnya ketika menghadiri pelancaran buku tersebut, yang diadakan bersempena Majlis Makan Malam Kelab Akhbar Kebangsaan, di sini, semalam.

Buku Panduan Pelapor MOJO Madani mengandungi 24 halaman, yang mengandungi pengenalan kepada asas pelaporan peranti, persediaan dan teknologi MOJO, panduan penulisan skrip dan kata kunci, asas syot pelaporan, prinsip penyuntingan video, dan etika berkaitan penyuntingan.

-HS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda