Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

‘Nat Koboi’ Kampung Beseri Dalam

By 15 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 15 Dis (Malaysiaaktif) – ‘Nat Koboi’ atau pasar pagi Kampung Beseri Dalam di Jalan Simpang Kampung Darat – Padang Melangit, di sini boleh dianggap unik kerana hanya diusahakan oleh empat orang peniaga.

Pasar setiap hari Jumaat bermula pukul 7.30 pagi itu beroperasi dengan hanya seorang peniaga hasil laut, dua orang peniaga sayur-sayuran dan ulam-ulaman serta seorang penjual kuih-muih.

Menurut seorang peniaga Shushada Wahid @ Suchada Nuchusuk, 57, dari Kampung Penghulu Jaafar, beliau telah berniaga lebih 20 tahun di situ.

“Saya menjual sayur-sayuran hasil tanaman daripada penduduk setempat seperti sayur sawi, bendi, cili api (burung), terung dan juga cili mera,” katanya.

“Tok menega (berniaga) lama dah, 30 taun (tahun) dah. Ada juga tok tanam ulam-ulaman dan juai (jual) sini,” ujar seorang lagi peniaga di ‘nat koboi’ Pisah Mahmud, 72, ketika ditemui pagi tadi.

Seorang pekebun tanaman secara kecil-kecilan Shahidan Arbangi, 66, berkata beliau menghantar hasil tanamannya kepada peniaga di ‘nat koboi.

“Selain daripada nat (pasar pagi) sini, saya juga hantaq (hantar) hasil tanaman seperti kacang lendiaq (bendi) dan cabai (cili api) kat (kepada) peniaga-peniaga tempatan yang terdekat,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda