Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Festival Angkat Karya Seni Kanak-kanak

By 11 Disember 2023Disember 13th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Perak)

IPOH, 11 Dis  (Malaysiaaktif) – Ribuan pengunjung hadir memeriahkan Festival Sastera dan Seni Kanak-kanak Negeri Perak sepanjang dua hari program berlangsung bermula Jumaat di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk), di sini.

Guru pengiring dari Sekolah Kebangsaan (SK) Meru Raya Isnani Ismail, 45, berkata kelmarin program ini amat bagus kerana memberi pendedahan kepada murid melalui pelbagai aktiviti menarik dan berilmiah yang dianjurkan.

“Saya amat berpuas hati dengan pengisian program yang meliputi pelbagai aspek termasuk permainan interaktif, bengkel dan taklimat serta pertandingan dan persembahan.

“Peserta khususnya kanak-kanak berpeluang mencuba semua aktiviti ini dan pastinya menambahkan lagi pengetahuan baru kepada mereka,” ujarnya yang juga berharap program ini dikekalkan untuk tahun seterusnya.

Sementara itu, peserta Mohd Haris Fahmi Ahmad Firdaus, 12, dari SK Manjoi Dua meluahkan rasa teruja kerana dapat bersama rakan-rakan mengunjungi festival ini.

“Saya bersama 30 orang rakan datang bersama guru bagi merasai sendiri pengalaman menyertai pelbagai aktiviti yang dijalankan.

“Zoo haiwan jinak misalnya memberi peluang kepada kami untuk membelai haiwan dengan pemantauan urusetia yang ada,” katanya gembira.

Festival anjuran PPANPk yang julung kali diadakan bersempena Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia ini bertujuan mengembangkan pengkaryaan sastera dan seni kanak-kanak dan remaja.

-ZS-

Tinggalkan komen anda