Skip to main content
MA

LEBIH 230,000 HADIR PROGRAM SETAHUN BERSAMA KERAJAAN MADANI, DITERUSKAN KE PERINGKAT NEGERI

By 11 Disember 2023Tiada komen2 minit bacaan
Madani1
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hisham Salleh

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Malaysiaaktif) – Program Setahun Bersama Kerajaan Madani telah menutup tirainya semalam, dengan mencatatkan lebih 230,000 pengunjung hadir sepanjang berlangsungnya program tiga hari yang bertempat di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil — sekaligus berjaya mencapai matlamat untuk mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.

Sejajar itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI akan diteruskan di peringkat negeri — dengan Selangor bakal menjadi tuan rumah pertama penganjuran pada Januari 2024.

“Berikutan kejayaan ini, kita akan turunkan, pindahkan kemudahan ini ke peringkat negeri, dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari setuju memulakannya di Selangor,” kata beliau ketika merasmikan majlis penutup Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI, semalam.

Dalam masa yang sama, Menteri Komunkasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata, dalam penganjuran seterusnya program itu ke negeri-negeri, kesemua kementerian dicadangkan untuk turut mempamerkan inisiatif dan pencapaian kerajaan yang khusus bagi negeri tersebut.

“Seperti yang Perdana Menteri sebut, kos bagi keseluruhan program (akan) dikurangkan, tetapi isi kandungan program pula akan dimantapkan,” katanya. 

Salah seorang pengunjung Vasnhuvi Murugiah, 28, berkata, beliau sangat teruja melawat setiap reruai yang disediakan di program ini kerana segala maklumat mengenai kerajaan boleh didapati di satu tempat.

“Tak perlu pergi ke merata tempat. Di Bukit Jalil hari ini, saya boleh belajar banyak perkara berkaitan kerajaan. Yang paling seronok, saya dapat helmet baru dan pelbagai goodies,” ujarnya

Selain itu, Leonard Chew, 31, dan Lee Rong Chen, 29, berpuas hati dengan segala perkhidmatan yang disediakan di program ini terutamanya perkhidmatan pemeriksaan kesihatan.

It’s a good platform to connect with the people. Kami sangat gembira sebab dapat buat pemeriksaan gigi hari ini, tak perlu tunggu weekdays. Hari ini semua services boleh jumpa dekat sini,” jelasnya.

Sejumlah 36 reruai kaunter perkhidmatan disediakan daripada pelbagai kementerian dan agensi yang menawarkan 102 perkhidmatan secara langsung kepada rakyat.

Program tersebut diadakan dengan tiga objektif iaitu menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif baharu kepada rakyat, meningkatkan pemahaman dan kesedaran umum terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan serta membina kepercayaan dan keyakinan antara kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan secara berkala.

-HS-

 

Tinggalkan komen anda