Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Rai Media

By 11 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nooraini Che Aziz/Maznah Ngah (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Peranan serta kerjasama erat pihak media menjalin hubungan penting dalam pembangunan negeri diraikan pada Majlis Ramah Mesra Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu Bersama Media di sebuah hotel, di sini semalam.

Program tersebut merupakan usaha kerajaan untuk menjadikan media sebagai rakan informatif dalam pembentukan perkongsian bijak yang berterusan dan berkesan dalam pembangunan negeri Terengganu.

Pengarah Pembangunan Negeri Haji Abdul Kahar Haji Abdul Latif, berharap jalinan hubungan baik bersama media dapat menjadi satu platform berhubungan bersama masyarakat.

“Peranan dan fungsi Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu adalah merupakan agensi utama untuk menyelaras pelaksanaan projek-projek pembangunan Persekutuan yang sedang dilaksanakan bagi negeri Terengganu oleh pelbagai agensi dan kementerian.

“Selain program pembangunan fizikal, Pejabat Pembangunan Negeri Terengganu turut menyelaras pelaksanaan program kesejahteraan rakyat bagi usaha menoktahkan kemiskinan di negeri Terengganu,” katanya.

Seramai 60 orang pengamal media diraikan pada majlis ini.

Turut hadir Pengarah Penerangan Negeri Terengganu Sait Yaman dan Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT) Ahmad Syafri Husnaini Mohamad.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda