Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Nat Balai Baru Terurus dan Terkawal di Bawah Pengurusan KPMBPB

By 20 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 20 Dis (Malaysiaaktif) – Koperasi adalah satu entiti yang mempunyai kecenderungan untuk mencapai kepentingan bersama sekumpulan masyarakat sama ada di bidang ekonomi, sosial dan budaya.

Koperasi Pasar Mingguan Beseri Perlis Berhad (KPMBPB) yang menjalankan aktiviti perniagaan sewaan tapak pasar sehari baru-baru ini telah menerima manfaat di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia sejumlah RM180 ribu dengan keluasan satu relung bagi menaik taraf bangunan pasar sehari yang telah uzur.

Bagi para peniaga di Nat Balai Baru ini, koperasi ini memberikan kerjasama dan bantuan dari segi penyediaan kemudahan dan khidmat nasihat kepada ahlinya.

Menurut petugas pemungut cukai koperasi tersebut Rashid Saari, 67, peniaga-peniaga yang diuruskan di tapak perniagaan itu lebih tersusun dan terkawal di bawah seliaan koperasi.

Katanya, para peniaga di nat (pasar) ini sentiasa diberi bantuan atau khidmat nasihat seiring fungsi koperasi.

“Pasar Beseri atau lebih dikenali sebagai Nat Balai Baru ini beroperasi pada hari Isnin, Rabu dan Sabtu, tetapi peniaga yang paling ramai berniaga di sini adalah pada hujung minggu.

“Peniaga di sini kadangkala mencecah lebih 200, terutama ketika beroperasi pada hujung minggu,” katanya yang ditemui di Pejabat KPMBPB, di sini pagi tadi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda