Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Karnival ‘I Love Masjid’ Memikat Lebih 2,000 Pengunjung

By 11 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Aidil Azhar Mat Isa (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Masjid Al Irfan Permatang Pasir menjadi tempat berkumpul lebih dua ribu orang dalam sambutan hangat terhadap Program Karnival ‘I Love Masjid’ Bersama Anak Kariah.

Usaha yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa dalam mengimarahkan masjid mendapat sambutan luar biasa daripada penduduk setempat mencerminkan antusiasme masyarakat terhadap acara tersebut.

Timbalan Pengerusi Masjid Al Irfan Mansor Shamsudin, berkata objektif utama program adalah untuk memberi kesedaran kepada penduduk kariah tentang kepelbagaian fungsi masjid, bukan sekadar sebagai tempat ibadah.

“Program ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penduduk setempat,” katanya.

Pihak masjid turut menjalin kerjasama dengan agensi kerajaan untuk bersama-sama penduduk memperkuatkan lagi hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

Menurut salah seorang pengunjung, Norlela Harun, 53, beliau sangat gembira dan mencadangkan agar perlu dijadikan acara berkala untuk mengajak semua golongan masyarakat mencintai masjid sebagai pusat kegiatan dan perpaduan.

“Program ini dianggap sebagai langkah positif untuk memupuk kecintaan terhadap institusi masjid dan mengeratkan hubungan antara penduduk dan masjid,” katanya.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan seperti mencari harta karun, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan memasak, kursus mandi jenazah dan sebagainya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda