Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Tuisyen Dalam Talian Confirm AI Dilancarkan Bantu Pelajar SPM 2023/2024   

By 11 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Hafizuddin Abdul Halim/Rahimah Rafiai (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini merasmikan sebuah inisiatif terkini yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi akademik pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023/2024.

Program Tuisyen Secara Dalam Talian Confirm AI yang dibiayai oleh Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak dengan kerjasama Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah dilancarkan di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur, di sini hari ini.

“Yayasan Gerbang Bandar Tun Razak bersama pihak UNITEN telah memainkan peranan penting dalam penyelenggaraan dan ini menunjukkan kesungguhan sektor swasta menyumbang kepada pendidikan dalam negara kita.

“Kita mahukan kerjasama ini memberikan impak positif,” katanya.

Wan Azizah berkata demikian sempena Majlis Pelancaran Tuisyen Dalam Talian Confirm AI bertujuan membantu para pelajar SPM 2023/2024 daripada keluarga berpendapatan rendah yang mempunyai pencapaian akademik sederhana dan rendah di 14 buah sekolah menengah di Parlimen Bandar Tun Razak.

Tuisyen percuma tersebut menggabungkan lebih daripada 1,000 orang pelajar yang berlangsung selama setahun akan memberi fokus kepada enam mata pelajaran teras SPM iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Prinsip Perakaunan.

Penggunaan sistem Confirm AI ini akan menyesuaikan pembelajaran mengikut tahap kebolehan pelajar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda