Skip to main content
Berita TempatanMAPutrajaya

Kementerian Komunikasi Distruktur Semula

By 14 Disember 2023Disember 19th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Makan

Laporan/foto: Hisham Salleh/BERNAMA

PUTRAJAYA, 13 Dis – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengumumkan pengekalan beberapa Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Komunikasi

Ini susulan daripada penstrukturan semula Kementerian Komunikasi dan Digital, yang dipisahkan kepada Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.

Menurut Fahmi, Jabatan dan agensi yang kekal di bawah Kementerian Komunikasi adalah: Jabatan Penerangan Malaysia, Jabatan Penyiaran Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional, Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, dan MyCreative Ventures.

“Ini selaras hasrat Perdana Menteri memastikan ke depan, rakyat lebih terbabit dan beri peluang kepada rakyat untuk berikan pandangan dalam sama ada pembentukan dasar atau dari segi pelaksanaan program atau aktiviti kerajaan,” katanya.

Tambahnya, kerajaan juga telah memutuskan bahawa Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang sebelum ini di bawah Jabatan Perdana Menteri, kini diselia Kementerian Komunikasi.

“Dalam masa yang sama, Jabatan Perlindungan Data Peribadi, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dan MYNIC Berhad, akan dipindahkan ke Kementerian Digital,” ujar beliau.

Manakala, status bagi Digital Nasional Bhd masih dalam perbincangan dan akan diputuskan dalam masa terdekat.

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda