Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Tengku Permaisuri Selangor Berkenan Terima Wakaf Fisabilillah

By 14 Disember 2023Disember 19th, 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)/PWS

PETALING JAYA, 14 Dis (Malaysiaaktif) – Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menerima cek cura Wakaf Fisabilillah bernilai RM50,000 daripada Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) semalam.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PWS Anuar Hamzah Tohar, berkata sumbangan wakaf berkenaan akan disalurkan kepada Persatuan Kanser KanWork yang mana Tengku Permaisuri Selangor adalah Penaung Diraja.

“Sumbangan wakaf fisabilillah ini untuk baik pulih dan ubah suai premis bagi keselesaan penghuni Rumah KanWork.

“PWS menzahirkan penghargaan terima kasih kepada pewakaf yang telah mewakafkan rumah tersebut melalui PWS dan manfaat yang diterima adalah Persatuan Kanser KanWork,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, agihan wakaf tersebut merupakan sebahagian inisiatif sumbangan fisabilillah PWS dalam mengoptimakan penyaluran wakaf dengan menyantuni institusi keagamaan, pendidikan dan kesihatan.

“PWS mengucapkan terima kasih kepada semua pewakaf-pewakaf dan teruslah berwakaf agar jariah anda dapat disalurkan serta dimanfaatkan oleh lebih ramai orang.

“Wakaf tunai melalui PWS boleh dilaksanakan secara dalam talian menerusi https://fpx.wakafselangor.gov.my/ewo_login.asp atau melalui DuitNow QR,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda