Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Lima Warung Tanpa Tular, Rasa dan Harga Berbaloi di Perlis

By 14 Disember 2023Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 14 Dis (Malaysiaaktif) – Walaupun sesetengah warung atau kedai makan tidak tular atau menjadi bualan hangat masyarakat di negeri ini, namun sebenarnya warung-warung tersebut masih mempunyai pelanggannya tersendiri.

Menerusi tinjauan wartawan Malaysia Aktif, beberapa warung kedai yang menjual nasi campur atau masakan panas yang dikenal pasti kelihatan biasa dan tidak tular di media sosial namun sebenarnya warung-warung ini memiliki keenakan rasa makanannya yang tersendiri ditambah pula dengan harga yang sangat berbaloi.

Antaranya adalah Warung Nisafami yang menyediakan masakan panas yang terletak berhampiran taman perumahan di Kangar, Warung Tepi Bendang bertentangan Sekolah Kebangsaan Sena, Intown Cafe di Taman Lencongan 2, Warung Kak Munah di Jalan Raja Syed Alwi dan juga Fauzi Nasi Campur di Kampung Batu Hampar, Beseri.

Menurut pemilik Warung Tepi Bendang Ida Royani Yusof, 49, beliau menerima antara 50 hingga 100 pesanan setiap hari.

“Ketika waktu puncak, seperti setelah tamat waktu persekolahan kadangkala pelanggan perlu menunggu lama kerana banyak pesanan makanan yang diterima pada waktu itu,” ujarnya ketika ditemui petang semalam.

Pemilik Warung Nisafami yang aktif di TikTok Mohd Zaidi Sabani, 41, berkata ketika awal perniagaannya hanya mempunyai seorang tukang masak.

“Namun kini saya mengupah dua pembantu tukang masak dan juga empat pekerja yang menjadi tukang bancuh air, juruwang dan pembantu kedai.

“Pada hujung minggu kadangkala tidak menang tangan menerima tempahan makanan melalui e-panggilan dan juga yang datang berkunjung ke warung ini,” ujarnya.

Walaupun warung-warung ini kelihatan biasa dan tidak ditularkan, namun mereka masih mempunyai pelanggan-pelanggan setia dan kebiasaanyy harga makanan yang ditawarkan lebih berpatutan berbanding kedai-kedai yang lain.

-ZS-

Tinggalkan komen anda