Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Peranan Operator Air Tanggungjawab Besar – SAINS

By 14 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)/SAINS

PORT DICKSON, 14 Dis (Malaysiaaktif) – Syarikat Air Negeri Sembilan Sendirian Berhad (SAINS) sedar tanggungjawab besar serta urusan merawat, menyalur dan memberikan perkhidmatan air yang berkualiti kepada pengguna sememangnya bukan kerja yang mudah.

Ketua Pegawai Eksekutif SAINS Ir. Haji Mohd Yazid Ahmad, berkata tugas dan peranan SAINS sebagai operator air cuba digalas sebaik mungkin dalam memberikan salah satu asas kehidupan terpenting kepada pengguna.

“Melihat kepada cabaran yang pelbagai dan ekspektasi pengguna yang berkehendakkan yang terbaik, SAINS prihatin dan sentiasa berikhtiar dalam memastikan bekalan air dapat disalurkan secara berterusan.

“Seperti kebanyakan operator air yang lain, SAINS tidak terkecuali dalam peningkatan kos operasi setiap tahun untuk memastikan bekalan air yang berkualiti dan mencukupi bagi pengguna di Negeri Sembilan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Menandatangani Perjanjian Bekalan Air Pukal SAINS dengan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), di sini kelmarin.

Perjanjian Bekalan Air Pukal antara SAINS dengan PAIP bertujuan memberikan manfaat kepada pengguna kawasan terlibat.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda