Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Makanan Terkenal Pantai Timur Mudah Didapati di Perlis

By 13 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah                                                   

KANGAR, 13 Dis (Malaysiaaktif) – Makanan pantai timur yang terkenal seperti nasi kerabu Kelantan dan nasi dagang Terengganu kini semakin mudah diperolehi di negeri Perlis.

Antara kedai makanan yang menjual menu makanan pantai timur yang sangat dikenali penduduk tempatan adalah Kak Pah Nasi Kerabu, Abang Wan Kampung Pondok dan Mek Siti Kantin KTMB.

Menurut salah sebuah pemilik kedai yang telah berniaga 30 tahun berhampiran Stesen Kereta Api Tanah Melayu Arau, Siti Rohana Abdul Hamid atau lebih dikenali dengan Mek Siti, 62, pelanggan yang datang kebanyakan lebih meminati nasi kerabu.

“Antara lauk yang menjadi kegemaran adalah ayam ikan goreng bersalut tepung dan juga telur masin,” katanya.

Bagi Fauziah Osman, 49, daripada Kampung Nesam keaslian rasa nasi kerabu yang dijual di Perlis tidak kurang hebatnya seperti di negeri Kelantan.

“Pada saya rasa dan harga nasi kerabu yang dijual di Perlis sangat berbaloi untuk dinikmati,” ujarnya yang ditemui di Kedai Abang Wan Kampung Pondok, di sini pagi tadi.

Pengusaha Kedai Makan Selera Terengganu di Seriab, Wan Norini Wan Wook, 49, berkata gerai makanannya bukan hanya menjual pelbagai menu nasi dagang tetapi juga pelbagai menu pantai timur seperti laksam dan juga kuih akok.

Nasi kerabu dengan lauk daging bakar dan nasi dagang dengan lauk gulai ayam atau gulai ikan tongkol antara menu yang paling laris dijual di kedai-kedai makanan pantai timur.

-ZS-

Tinggalkan komen anda