Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

MDK Lancar Kempen Hari Tanpa Beg Plastik

By 11 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mawarni Ismail (Kerian)

PARIT BUNTAR, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Majlis Daerah Kerian (MDK) melancarkan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik di Pasaraya Mydin, di sini pada Sabtu.

Kempen ini merupakan inisiatif yang digariskan dalam Pelan Hala Tuju Malaysia ke arah sifar penggunaan beg plastik sekali guna 2018-2030, Pelan Perak Sejahtera 2030 dan juga di bawah Pelan Sustainable Development Goals (SDG) di peringkat MDK.

Yang Dipertua MDK Helmi Yusof@Jusoh, berkata kempen ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada pemilik peniagaan dan pengguna mengenai kesan penggunaan plastik skali guna.

“Plastik boleh mengambil masa yang lama untuk terurai bergantung kepada komposisi dan struktur kimianya, seterusnya menjadi beban kepada alam sekitar,” ujarnya.

Sebanyak 17 premis perniagaan mewakili 32 premis cawangan telah hadir menerima Sijil Bebas Beg Plastik sempena program tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda