Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Perdana Menteri Cakna Kepada Mangsa Banjir Daerah Pasir Mas

By 29 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Wee Kim Been/Yuslina Ibrahim

PASIR MAS, 29 Dis (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan cakna terhadap mangsa banjir di Daerah Pasir Mas.

Dalam lawatan tersebut beliau turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Banjir Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Lati, Pasir Mas melibatkan 218 keluarga dengan jumlah mangsa seramai 700 orang.

Menurut data daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga kini jumlah keseluruhan mangsa banjir yang terlibat bagi Daerah Pasir Mas adalah seramai 5,958 keluarga dengan jumlah mangsa keseluruhan adalah seramai 18,293 orang, yang melibatkan 41 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu Nurfarah Aisyah Jusoh, 29, berkata beliau amat teruja dan gembira dapat bersua muka dengan Perdana Menteri serta berterima kasih di atas keprihatinan beliau yang sudi menyampaikan sumbangan kasih kepada semua mangsa banjir yang terlibat.

“Kita boleh menarik nafas lega atas penyampaian sumbangan yang diterima dari Perdana Menteri,” ujar Mohd Jali Rosli, 32, dari Kampung Lubok Jong.

Program ini turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Haji Daud, Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Nazran Muhammad, ketua-ketua jabatan kerajaan persekutuan dan negeri serta pimpinan setempat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda