Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Keindahan Ulu Licin Gamit Pengunjung Tempatan

By 29 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurul Habibah Hassan/Muhammad Irsyad Abd Majid (Manjung)

BERUAS, 29 Dis (Malaysiaaktif) – Hutan Lipur Ulu Licin yang terletak di dalam Hutan Simpan Kekal Bubu dikategorikan sebagai hutan dipterokarpa bukit iaitu kawasan hutan yang terdapat di ketinggian antara 300 hingga 750 meter dari paras laut. Ia merupakan kelas hutan terluas di Semenanjung Malaysia.

Hutan lipur ini yang terletak 5 kilometer dari pekan Beruas ialah taman hutan rekreasi yang menjadi tumpuan penduduk sekitar kerana kejernihan airnya dengan udara yang bersih.

Kawasan air terjun ini terbahagi kepada beberapa tingkat dan kawasan yang paling sesuai untuk seisi keluarga terutama mereka yang mempunyai anak kecil adalah di bahagian tengah kerana aliran airnya tidak terlampau deras dan dalam.

Pengunjung Rosliza Sudin, 45, berkata dia kerap berkunjung ke Hutan Lipur Ulu Licin bersama keluarga kerana keadaan kawasan air terjun tersebut yang landai dan cetek sesuai untuk kanak-kanak.

“Saya berharap pihak berwajib dapat membuat beberapa perubahan seperti membina kios makanan dan chalet untuk menarik lebih ramai pengunjung kerana kawasan ini sangat berpotensi dikomersilkan,” katanya ketika ditemui, semalam.

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini termasuk ‘jungle trekking’ berkhemah dan barbeku.

Pengunjung yang bercadang untuk berkhemah perlu meminta kebenaran daripada Jabatan Perhutanan Negeri Perak terlebih dahulu. Turut disediakan kemudahan asas seperti pondok rehat, surau dan tandas.

-ZS-

Tinggalkan komen anda