Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Peruntukan RM11 Juta untuk Balai Polis Setiawangsa

By 9 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Irina Abd Samad/Norfaizah Adnan

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Malaysiaaktif) – Balai Polis Setiawangsa yang baru kini sudah siap dibina dan akan bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada penduduk sekitar.

Pengarah Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Sri Aidi, berkata Balai Polis Komuniti Setiawangsa beroperasi pada Februari 2008 sebelum ini, adalah sebuah rumah kedai yang di sewa di Taman Setiawangsa.

“Kini, Balai Polis Setiawangsa yang baharu bekeluasan 11.1 km persegi dan mempunyai kepadatan penduduk seramai 147, 095 orang berdasarkan statistik bancian pada 2020 telah siap dibina dengan peruntukan sebanyak RM11 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Balai Polis Setiawangsa yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis, Wangsa Maju, di sini semalam.

Balai Polis Setiawangsa sebelum ini dikenali Balai Polis Komuniti telah siap dibina pada 17 April 2019 selaras dengan komitmen kerajaan dalam menangani statistik kadar jenayah di negara.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata beliau mengharapkan anggota Balai Polis Setiawangsa dapat memberikan sokongan kepada komuniti tempatan sepenuhnya dalam program seperti pencegahan jenayah dan menjaga ketenteraman awam.

Turut hadir Ketua Polis Wangsa Maju Superitendan Ashari Abu Samah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda