Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Teras Malaysia Madani Jayakan Kejohanan Sukan Agung SK Sungai Buloh                                   

By 9 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Khairul Othman/Syafiq Sapian

JELEBU, 9 Dis (Malaysiaaktif) – Kejohanan Sukan Agung Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Buloh, Simpang Durian, di sini semalam telah berlangsung meriah dan jayanya dengan kerjasama serta penglibatan pelbagai agensi.

Antara yang terlibat adalah Pasukan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) 24 Melayu Rasah, Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Jelebu, Pejabat Penerangan Daerah Jelebu serta komuniti penduduk Kampung Sungai Buloh.

“Walaupun ianya hanyalah kejohanan sukan sekolah tetapi keterlibatan agensi dan komuniti setempat dalam menjayakan kejohanan sukan ini perlu dilihat sebagai makna tersirat dalam aspirasi konsep Malaysia Madani yang menjadi teras perpaduan rakyat,” kata Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kanan Datuk Seri Jalaluddin Alias,

Jalaluddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup Negeri Sembilan telah meluluskan sebanyak RM30 ribu untuk pembaikan jalan dalam kawasan sawah padi di Kampung Sungai Buloh bagi memudahkan urusan para pengusaha sawah padi.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan selain kejohanan olahraga sekolah untuk masyarakat setempat antaranya tarik tali, panjat tiang licin, mencari barang tersembunyi serta pameran dari pelbagai agensi.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda