Skip to main content
MA

PERJANJIAN 5G SELESAI, CAPAIAN 80 PERATUS BAKAL TERLAKSANA

By 3 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan
DNB

Laporan/foto: Hisham Salleh

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Lima pengendali rangkaian mudah alih (MNO) telah memeterai perjanjian langganan saham (SSA) bagi memegang kepentingan dalam Digital Nasional Bhd (DNB).

Perjanjian tersebut melibatkan syarikat CelcomDigi Berhad (CelcomDigi), Maxis Broadband Sdn Bhd (Maxis), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), Telekom Malaysia Bhd (TM), dan YTL Power International Bhd (YTL).

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, berkata, pemeteraian perjanjian tersebut bakal membantu DNB melengkapkan proses pelaksanaan 5G bagi mencapai 80 peratus sebelum akhir tahun ini — sekali gus mengukuhkan lagi infrastruktur 5G di Malaysia.

“Setakat 31 Oktober kita telah mencapai 73 peratus liputan bagi kawasan berpenduduk, dan berbaki tujuh peratus lagi sehingga kita capai 80 peratus,” jelasnya.

Selain itu, Fahmi berkata, sekiranya sasaran 80 peratus dapat dicapai mengikut perancangan, kerajaan akan memperkenalkan rangkaian kedua 5G melalui satu entiti baharu yang akan diwujudkan pada awal 2024 — serta menukar model pelaksanaan 5G ketika ini daripada rangkaian borong tunggal kepada dwirangkaian.

Setiap MNO yang memeterai perjanjian ini akan menyuntik RM233 juta ke dalam DNB, yang akan digunakan untuk memenuhi keperluan pembiayaan pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia.

-HS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda