Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Semua Kementerian Bergilir Turun ke Labuan Mulai 2024

By 8 Disember 2023Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 8 Dis (Malaysiaaktif) – Semua Kementerian diminta untuk turun ke Labuan secara bergilir mulai Januari 2024.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pendekatan itu lebih realistik dan praktikal berbanding memikirkan projek-projek besar.

“Semua agensi dan kementerian akan bergilir datang ke Labuan dan setiap kementerian mesti ada projek serta peranan untuk bangunkan semula Labuan,” katanya dalam Majlis Ramah Mesra, di sini semalam.

Kerajaan juga katanya sedang meneliti langkah menyegerakan penyelesaian masalah bekalan air di Labuan menggunakan peruntukan RM300 juta yang disalurkan kerajaan.

“Cuma bagaimana kita ingin percepatkan proses ini kerana masalah bekalan air sudah ‘tenat’, semua agensi yang terlibat diminta bermesyuarat dengan segera dan maklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara atau pejabat saya jika ada masalah.

“Projek-projek itu termasuk penggantian pam air di Pulau Enoe dan Bukit Kalam, tiga projek penggantian paip using sepanjang 70 kilometer,” katanya.

Tambahnya, kerajaan telah memutuskan stesen janakuasa baharu akan dibangunkan dengan segera yang diterajui oleh pihak PETRONAS bersama dengan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda