Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Amirudin Ucap Selamat Berjaya kepada Calon SPM

By 27 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG BARU, 27 Jan (Malaysiaaktif) – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.

Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua dan Ahli Parlimen Gombak mendoakan semua calon SPM dapat menjawab dengan cemerlang dalam peperiksaan terbabit.

“Saya doakan anda semua sihat dan mampu menjawab dengan cemerlang, selamat berjaya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai majlis bacaan Surah Yassin, Doa Selamat dan Solat Hajat di Masjid At-Taqwa, di sini semalam.

Majlis anjuran masjid berkenaan dihadiri lebih 300 calon SPM dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selayang Baru dan SMK Darul Ehsan.

Seramai 395,870 orang calon SPM akan menduduki peperiksaan bertulis SPM di 3,340 pusat peperiksaan seluruh negara bermula 30 Januari hingga 7 Mac.

Sementara itu Nazir Masjid At-Taqwa, Mizan Mamat berkata program tersebut diadakan setiap tahun kepada calon SPM atau peperiksaan lain.

“Setiap tahun untuk pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan serta menyampaikan sumbangan masjid kepada sekolah terbabit,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda