Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Warga Emas Tionghoa Diraikan Sempena Tahun Baru Cina

By 27 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar

GUA MUSANG, 27 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 450 orang warga emas masyarakat Tionghoa Daerah Gua Musang diraikan dan menerima sumbangan limau dan duit raya sempena perayaan Tahun Baru Cina, di sini semalam.

Menurut Presiden Tokong Kuan Tai, Meow Yap Kam Seng, 63, majlis penyampaian sumbangan adalah kerjasama bersama Persatuan Maju Gua Musang yang diadakan pada setiap tahun.

“Setiap tahun kami tidak pernah lupa untuk memberikan sumbangan serta duit raya kepada warga emas dan berharap dapat memeriahkan lagi sambutan perayaan itu nanti,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim, berkata majlis seperti ini mampu menerapkan keharmonian serta sikap hormat menghormati dalam kalangan masyarakat.

“Saya juga berharap di tahun naga ini semua yang ada di sini dapat kebahagiaan di dalam keluarga,” katanya.

Salah seorang warga emas Kuen Yin@Hiew Kong Weng, 91, merasa amat gembira mendapat sumbangan untuk perayaan tahun baru cina.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat dan pihak yang terlibat memberikan sumbangan bagi meraikan warga emas seperti kami,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda