Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Banjir Gelombang Keempat Landa Terengganu

By 27 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Amiruddin Ishak/ Suhaimi Ahmad (Terengganu)

SETIU, 27 Jan (Malaysiaaktif) – Terengganu dilanda banjir gelombang keempat bermula Selasa lalu membabitkan lima daerah di negeri ini.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, setakat pukul 4.00 petang Khamis lalu seramai 1,067 mangsa banjir telah ditempatkan di 13 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di empat daerah di negeri ini iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan Dungun.

Tinjauan yang dilakukan bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Terengganu diketuai Pengarah APM Negeri Terengganu, Lt. Kol. (PA) Mohd Rosman Abdullah di beberapa kawasan di Setiu mendapati masih banyak kawasan dilanda banjir terutama di sekitar Kampung Besut, Kampung Padang dan Kampung Seladang.

“Mengikut ramalan cuaca meteorologi, hujan dijangka turun di beberapa kawasan di negeri ini. Sehubungan itu, pihak APM sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” ujarnya.

Pada tinjauan itu, Lt. Kol. Mohd Rosman dan Pegawai APM Daerah Setiu Kapten (PA), Mohd Nizu Husien turut singgah di tiga PPS iaitu di PPS Kg. Besut, Balai raya Kampung Seladang dan Sekolah Kebangsaan Kampung Besut bagi menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada mangsa banjir.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda