Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Sumbangan Kasih @HAWANA Bukti Kerajaan Komited Bantu Pesara Media

By 27 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Zarul Afify Muhammad Zamri/Nur Farhana Azman

JASIN, 27 Jan (Malaysiaaktif) –Β  Menteri Komunikasi Malaysia Fahmi Fadzil meluangkan masa hadir ke rumah pesara Radio Televisyen Malaysia (RTM) Melaka, Norazlin Muhammad bagi menyampaikan Sumbangan Kasih @HAWANA di Kampung Pulai, Serkam, di sini petang semalam.

Fahmi, berkata Tabung Kasih@HAWANA yang diwujudkan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 bertujuan menyantuni wartawan dan petugas media, sama ada yang masih dalam perkhidmatan ataupun yang telah bersara, yang keuzuran atau yang memerlukan bantuan.

β€œIa merupakan satu inisiatif Kementerian Komunikasi yang dilaksanakan menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA),” ujarnya.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Mohamad Fauzi Md Isa, Ketua Pengarah Penyiaran Penyiaran Suhaimi Sulaiman, Ketua Pegarang BERNAMA Nur-Ul Afida Kamaludin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Zaidi Attan dan Pegawai Penerangan Daerah Jasin Azreen Ahmad.

-ZS-

Tinggalkan komen anda