Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Operasi Mencari Tiga Lagi Mangsa Warga Myammar Tertimbus Diteruskan

By 27 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rose Rasidi/PKOB Cameron Highlands

CAMERON HIGHLANDS, 27 Jan (Malaysiaktif) – Pasukan penyelamat meneruskan misi mencari tiga lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam insiden tanah runtuh yang berlaku awal pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Deputi Superintenden Azri Ramli, usaha pencarian akan diteruskan sehingga kesemua mangsa dijumpai.

“Setakat ini, operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) telah menemui dua mangsa lelaki yang disahkan meninggal dunia,” ujarnya kepada pemberita di sidang media semalam.

Tambah beliau, keadaan hujan berpanjangan dan situasi tempat kejadian terputus hubungan akibat masih terdapat beberapa runtuhan tanah lagi menyukarkan usaha pencarian, namun operasi SAR akan tetap diteruskan oleh pasukan penyelamat yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) , Angkatan Pertahanan Awam (APM), pasukan bomba dan tentera.

Turut hadir meninjau di lokasi kejadian Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Ramli Mohd Nor dan Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani.

-ZS-

Tinggalkan komen anda