Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita Tempatan

Kaedah Program Jualan Rahmah Labuan akan Diperluaskan

By 19 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian

LABUAN, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Kaedah pelaksanaan Program Jualan Rahmah (PJR) di pulau Labuan akan diperluaskan bermula tahun ini.

Menurut Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Labuan, Junaidah Arbain pihaknya menyahut seruan Perdana Menteri untuk memperbanyakkan program tersebut pada tahun 2024.

“Pada tahun ini selain di pasar raya, PJR akan dilaksanakan secara bergerak di kawasan kampung atau strategik dan akan bermula Sabtu ini di Balai Raya Kampung Bukit Kuda.

“Orang ramai diseru untuk tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan yang dijual 30 peratus lebih murah dari harga asal,” katanya yang ditemui semasa Majlis Apresiasi Bersama Media, di sini semalam.

Selain itu, beliau turut memaklumkan Satu Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bertujuan menstabilkan harga barang di Sabah, Sarawak dan Labuan akan bermesyuarat tidak lama lagi.

“Jawatankuasa ini yang turut melibatkan wakil dari universiti tempatan akan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan isu harga barangan yang tinggi di Sabah, Sarawak dan Labuan,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda