Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Tengku Hassanal Lawat Stesen Minyak Bersepadu PETROS

By 19 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Lim Poh Choo (Sarawak)

KUCHING, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah telah berkenan membuat lawatan ke Stesen Minyak Bersepadu Petroleum Sarawak (PETROS) Darul Hana, di sini semalam.

Ketibaan Tengku Mahkota Pahang itu disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif SEDC Energy Sdn. Bhd. Robert Hardin yang juga turut memberi taklimat ringkas berkenaan operasi stesen tersebut.

Sebelum berangkat meninggalkan PETROS, Tengku Hassanal turut berkenan meluangkan masa merakam gambar kenang-kenangan bersama warga kerja PETROS serta orang orang awan yang teruja menanti ketibaan baginda.

“Saya sangat teruja berpeluang bertemu Tengku secara dekat dan juga berkesempatan mendapatkan tandatangan baginda,” kata Nor Mariani Zakiah,30, yang turut serta menunggu ketibaan Tengku Hassanal.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda