Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Karipap Pak Din Jadi Pilihan Istana

By 23 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rose Ryqal/Sidah Musa

KLANG, 22 Jan (MalaysiaAktif) – Karipap tidak asing lagi dikalangan masyarakat Malaysia, namun berbeza dengan Karipap Istana yang disediakan oleh pemilik Warung Pak Din Palm Grove yang terletak di Klang.

Istimewanya karipap ini, ianya menjadi santapan Diraja Istana Klang sejak dari tahun 1982 lagi dan dinamakan oleh masyarakat setempat sebagai Karipap Istana.

Pemiliknya Samsudin Daud, 64, pula telah diberi gelaran sebagai Pak Din oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj kerana keenakan karipap tersebut.

“Karipap Istana ini adalah inspirasi daripada karipap daging kambing yang saya beli di Taiping semasa dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur pada tahun 1980-an.”

“Namun kini memandangkan kos daging kambing semakin tinggi, saya telah menyediakan resepi karipap ini menggunakan daging ayam dan mengolah mengikut resipi saya sendiri.”Ujarnya.

Keenakan karipap ini intinya yang padat, penuh dengan kentang dan isi ayam serta kulit karipapnya yang rangup.

Tidak hairanlah Karipap Istana ini terkenal dan bertahan sehingga ke hari ini.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda