Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Agong Berkenan Rasmi Smart Sawah Berskala Besar Ala Sekinchan

By 23 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syafiq Jamloh/Fahrisha Nurul (Pekan)

PEKAN, 23 Jan (MalaysiaAktif) – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekincan di Kampung Permatang Durian, semalam.

Menurut Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu SMART SBB Ala Sekincan merupakan amalan pertanian berhasil tinggi dengan mempraktikkan ‘Knowledge, Attitude dan Practice’ yang mana ia telah dilancarkan pada Mei 2023 dan telah dilaksanakan di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA), Kemasin Semerak dan IADA KETARA.

“Syarikat Fajar Majestik Sdn Bhd. merupakan rakan strategik kepada salah sebuah syarikat peneraju di bawah Program Smart SBB yang berkolaborasi dengan Koperasi Pesawah Merchong bagi mempertingkatkan lagi produktiviti hasil padi di kawasan tersebut sekaligus menjamin peningkatan pendapatan pesawah,” jelasnya.

Turut berangkat Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hasanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama ialah Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

-ZS-

Tinggalkan komen anda