Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kilang Pembuatan dan Pemasangan NEV Bakal Tarik Pelabur Luar ke Negeri Sembilan

By 13 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noorul Arizah Md Razani/Malini Md Yunos (Rembau)

REMBAU, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Pembinaan kilang pembuatan dan pemasangan berteknologi hijau yang pertama bagi kenderaan tenaga baru (NEV) di sini memberi isyarat kepada semua sektor fasiliti bahawa Negeri Sembilan adalah sebuah lokasi alternatif untuk mana-mana pihak yang ingin melabur di Malaysia

“Khususnya Negeri Sembilan kerana kedudukan yang amat strategik iaitu berada di ‘Centre Region of Peninsular Malaysia’ dan berhampiran dengan ibu kota Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Pelabuhan Klang yang menjadikan ianya destinasi pilihan pelabur,” katanya.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata demikian ketika merasmikan Majis Pecah Tanah Pembinaan Kilang Pembuatan dan Pemasangan Berteknologi Hijau yang pertama di negara ini di Chembong, di sini semalam.

Menurut Aminuddin Careplus bersama-sama GoAuto menerusi Syarikat Joint Venture (JV), NexV Manufacturing Sdn. Bhd. membangunkan kilang berkenaan dengan keluasan 73.34 ekar secara berperingkat sehingga tahun 2028.

Menurut seorang penduduk Norizan Mohamad, 55, dengan pembinaan kilang baru akan memaju dan meningkatkan lagi ekonomi masyarakat di sini selain membuka peluang peluang-peluang pekerjaan baru kepada penduduk setempat khususnya generasi muda.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda