Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Percepatkan Projek Pembaikan Paip Air – Zaliha

By 13 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa meminta Bahagian Bekalan Air Labuan untuk mempercepatkan projek-projek pembaikan paip air di pulau itu.

Jelasnya beliau meminta projek-projek pembaikan, baik pulih infrastruktur dan penggantian paip air dipercepatkan agar isu bekalan air dapat diselesaikan seberapa segera yang mungkin.

“Sebanyak tiga projek penggantian paip sepanjang 70 kilometer dengan peruntukan sebanyak RM108 juta akan siap seawal Jun 2024 dan selewat-lewatnya pada suku pertama 2025.

“Saya juga akan berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri 2, yang juga merupakan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam untuk berbincang berkenaan isu-isu terkait bekalan air dan elektrik bagi memastikan infrastruktur asas di Labuan dapat diselesaikan dengan segera,” katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan 2024 dan Program Publisiti dan Penyertaan Awam Laporan Rancangan Struktur Labuan 2040 di sini pagi tadi.

Tambahnya, jika perkara-perkara asas seperti bekalan air, elektrik dan ‘connectivity’ (kesambungan) belum diselesaikan ianya membantutkan cita-cita kerajaan untuk menjadikan Labuan sebagai sebuah hab ekonomi, pelancongan dan pendidikan.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda