Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

PEDi Kuala Jalan Baru Mudahkan Penduduk Balik Pulau Daftar PADU

By 23 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ainsyah Hamid/Aziana Azreen (Barat Daya)

BALIK PULAU, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Kuala Jalan Baru di sini mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan komuniti setempat daripada pelbagai lapisan umur.

“Kaunter PADU bukan sahaja dibuka bagi memudahkan pendaftaran malah masyarakat mendapatkan penjelasan yang lebih jelas mengenai sistem ini.

“Warga komuniti berhampiran disaran untuk mendaftar PADU dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia dengan menyambut baik usaha-usaha kerajaan membantu masyarakat khususnya dalam pemberian subsidi bersasar,” kata Pengurusnya Nur Hazwani.

Katanya lagi, selain menyediakan perkhidmatan penggunaan komputer dan Internet, PEDi juga menyediakan kelas masakan dengan mengenakan yuran pendaftran yang berpatutan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Balik Pulau.

“Inisiatif ini dapat membantu komuniti yang ingin memulakan perniagaan berasaskan makanan serta berpeluang untuk memperluaskan lagi perniagaan mereka,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda