Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Warga Johol Jayakan Kempen Dadah Terkawal 2025

By 23 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Shaharuddin Daud/Unit Media AADKKP

KUALA PILAH, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Pendekatan turun padang oleh Agensi Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Pilah bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol menjadikan usaha Kempen Dadah Terkawal 2025 dapat dicapai.

Program yang menekankan konsep ‘Tompek Kito, Kito Jago’ yang diketuai oleh Penolong Pegawai AADK Kuala Pilah Mohamad Izuan Mohd Noor Samhudi telah menyaksikan penglibatan bersama penduduk di Johol membentuk semangat kekitaan bagi memastikan aktiviti penyalahgunaan dadah dapat dibanteras dalam komuniti.

“Program Santuni Untuk Keabsahan (SUA) merupakan satu usaha daripada ADDK Kuala Pilah ini menyantuni semua peringkat umur, jantina dan sektor pekerjaan yang ada di Johol bagi memastikan semua lapisan masyarakat peka dengan sebarang tanda-tanda penyalahgunaan dadah di sekeliling mereka.

“Ini bertujuan agar gerak kerja mencegah dapat dilakukan segera sebelum menjadi lebih parah,” ujarnya, di sini semalam.

Katanya, kerjasama antara kepimpinan komuniti bersama masyarakat setempat penting dalam membantu memastikan sasaran kerajaan negeri untuk mengawal aktiviti penyalahgunaan dadah pada 2025 tercapai.

“Justeru semua pihak diminta untuk menghubungi talian utama AADK 1-800-22-2235 atau 019-6262233 bagi mendapatkan khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan mengenai sebarang perkara berkaitan penyalahgunaan dadah, pencegahan dan bantuan yang boleh diberikan oleh AADK,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda