Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Kerjasama DOSM dan IOI Mall Kulai Bantu Capai Sasaran PADU

By 30 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: NurulAini/Muhammad Lukmannul Hakim (Kulai)

KULAI, 30 Jan (Malaysiaaktif) – Pembukaan kaunter fizikal pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di pasar raya IOI Mall, di sini menerima sambutan menggalakkan dengan kehadiran lebih 200 orang pengunjung.

Petugas Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Johor, Mohd Iskandar, berkata pembukaan kaunter fizikal ini dilihat mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang awam yang ingin mendaftar dan mengemas kini maklumat diri di dalam sistem PADU.

“Selain daripada itu, ia juga sebagai usaha mengalakkan orang ramai membuat pendaftaran seterusnya memudahkan maklumat diproses dan pada masa akan datang, bantuan atau subsidi kerajaan dapat disalurkan kepada golongan yang layak.

“Kami juga turut berterima kasih kepada pihak pengurusan IOI Mall Kulai yang menyambut baik usaha ini dan sekali gus dapat membantu meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan ke arah lebih efisien kepada rakyat,” katanya semalam.

Menurut pengunjung Siti Azwani, 35, sistem PADU ini sebenarnya mudah untuk dilengkapkan dan jika mengalami masalah untuk mendaftar, petugas-petugas di Jabatan Perangkaan sedia membantu.

“Saya telah selesai mengisi PADU dan prosesnya sangat mudah dengan bantuan daripada petugas-petugas DOSM Negeri Johor.

“Saya tidak mahu ketinggalan dalam menerima subsidi bersasar dan bantuan pada masa hadapan,” ujarnnya.

Seramai lima orang pegawai DOSM Negeri Johor ditugaskan setiap hari di pasar raya tesebut dari 28 Januari hingga 3 Februari ini bermula pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang bagi membantu komuniti sekitar daerah Kulai menyempurnakan pendaftaran PADU.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda