Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Program Jualan Rahmah Dapat Sambutan Penduduk Asahan

By 23 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Farhana Azman

JASIN, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Program Jualan Rahmah Bergerak, Kedai Cari Rakyat berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang menggalakkan bertempat di Pekan Selandar, Asahan, di sini kelmarin.

Menurut Pembantu Penyelaras Program Nadhirah Fikri, 29, Program Jualan Rahmah ini bermula seawal pukul 8.30 pagi mensasarkan  pembeli di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan khususnya penduduk tempatan di sekitar Selandar.

“Pelbagai jualan barangan keperluan dapur yang dijual dengan harga lebih murah di sini.

“Hal ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat dengan meneruskan inisiatif Jualan Rahmah ini dan memberi fokus di setiap lokaliti tumpuan rakyat agar dapat memudahkan urusan mereka mendapatkan bekalan barangan keperluan asas di kawasan berhampiran rumah,” ujarnya.

Pesara tentera Azman Mahmud, 64, yang ditemui berpuas hati dengan harga barangan keperluan dapur dan harian yang dijual berharap agar Program Jualan Rahmah ini diteruskan serta dilaksanakan lebih kerap lagi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda